SET FONT SIZE
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
JA Control Panel

ismamesir.com

ISU SEMASA

Misi Aman Palestin 2 selamat tiba di Gaza

E-mail Print PDF

Gaza, 10 Ogos – Rombongan misi kemanusiaan Aman Palestin kali kedua telah berjaya masuk ke Jalur Gaza semalam (9 Ogos) bersama bantuan bernilai USD 150,000 yang berupa ubat-ubatan, susu bayi serta persediaan untuk menyambut Ramadhan bagi seluruh muslimin yang berada di bumi Gaza.

Misi yang disertai oleh seramai 2 orang pegawai Aman Palestin beserta 4 orang sukarelawan yang lain ini diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga Presiden ISMA.

Kesemua mereka telah berjaya masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah dengan selamatnya.

Ketibaan delegasi ini disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa terharu oleh rakyat Gaza, dengan bantuan yang tidak pernah putus tiba dari Malaysia. Rakyat Malaysia, bagi mereka, adalah umpama saudara dan rakan yang jauh di mata namun di hati tidak dilupa.

 

Delegasi Aman Palestin di hadapan pejabat Aman Palestin di Gaza

 

Lori-lori yang membawa bantuan daripada Aman Palestin.

Selain dari menghantar bantuan kemanusiaan, delegasi ini juga akan dibawa melawati tapak-tapak projek Aman Palestin yang kini dilaksanakan di bumi Gaza bagi menyaksikan sendiri bagaimana projek-projek seperti ternakan bersepadu, klinik, supermarket dan kilang roti itu dijalankan.

Kesemua projek ini adalah merupakan hasil daripada kemurahan hati dan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia yang telah sekian lama menjadi rakan dan saudara yang sanggup bersusah-payah berkongsi kepayahan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Delegasi Aman Palestin ini dijadualkan berangkat pulang ke tanahair pada 14 Ogos 2010.

Sumber: Laman Web Aman Palestin

 

Tahniah kepada rangkaian luar negara ISMA

E-mail Print PDF
User Rating: / 1
PoorBest 

Nilai, 17 Julai – Stadium Tertutup Nilai telah menjadi saksi kepada sebuah lakaran sejarah yang pastinya akan terus mekar di dalam setiap sanubari manusia yang merindui pembebasan Al-Aqsa.

 

Bantuan kemanusiaan Aman Palestin tiba di Gaza

E-mail Print PDF
User Rating: / 3
PoorBest 

Bantuan kemanusiaan terutama bekalan ubat-ubatan daripada Aman Palestin Berhad yang dibawa oleh konvoi bersama Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ke Gaza hari ini dilaporkan berjaya melepasi sempadan Rafah dan selamat sampai ke Jalur Gaza.

 

ISMA-Mesir temui delegasi AMAN Palestin dan ISMA ke Gaza

E-mail Print PDF
User Rating: / 4
PoorBest 

KAHERAH, 1 Julai - Pengerusi ISMA-Mesir, Saudara Shuhaib Ar-rumy Selamat bersama wakil media ISMA-Mesir semalam berpeluang menemui delegasi ISMA dan Aman Palestin yang sekarang berada di Kaherah, dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

 

Delegasi ISMA sertai konvoi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza

E-mail Print PDF

Bandar Baru Bangi, 27 Jun – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam perjuangan membantu umat Islam di Palestin, beberapa orang delegasi ISMA telah menyertai konvoi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza. Misi utama konvoi kemanusiaan ini ialah untuk menyampaikan bantuan daripada rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza.

Rombongan yang terdiri daripada 12 orang sukarelawan itu diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga merupakan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman. Ahli-ahli ISMA lain yang turut terlibat ialah Haji Abdul Rahman bin Mat Dali (Timbalan Presiden) dan Encik Zaim bin Shaari (AJK Pusat).

Selain ahli-ahli ISMA, konvoi kemanusiaan ini juga disertai oleh para petugas dan sukarelawan Aman Palestin, pihak media termasuk TV3 dan BERNAMA serta individu perseorangan.

Rombongan ini telah berlepas ke Kaherah, Mesir malam semalam dan akan cuba memasuki Gaza melalui sempadan Rafah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin berupa keperluan-keperluan asas.

Bantuan yang bernilai kira-kira USD 100,000.00 ini merupakan sumbangan ikhlas daripada rakyat negara ini yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Gaza yang berterusan ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Justeru itu, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Bantuan kepada Aman Palestin boleh disalurkan melalui cek atas nama Aman Palestin Berhad atau terus masukkan ke akaun Bank Islam (12029010047880) atau Maybank (562263010787).

Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin ini dijangka akan kembali ke tanahair pada 5 Julai 2010.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani,
Ketua Pengarang,
Media ISMA

 

Sumber : Laman rasmi ISMAWEB.net 

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 11

Laman JPMK

JPMK

Mesti Klik

ISMAWEBISMA Mesir | IskandariahISMA Mesir | MansurahISMA Mesir | Tanta 

Komen Pembaca

Sekitar Aktiviti ISMA-Mesir