Rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil,
Saya mewakili ahli-ahli ISMA-Mesir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Bumi Mesir. Maaf Zahir Batin.
Selaku mahasiswa Melayu Islam yang menuntut ilmu di luar negara, kita berhadapan pelbagai cabaran besar. Selain budaya masyarakat setempat, kita berhadapan dengan ujian yang lebih besar; iaitu cabaran menjaga identiti dan jati diri selaku mahasiswa Melayu Islam.
Daripada: Sekreteriat Jawatankuasa Pusat ISMA-Mesir
Pendahuluan
Alhamdullillah. Segala puja dan puji itu hanya layak ditujukan kepada Allah, s.w.t, Tuhan sekalian alam. Tuhan yang padanya makrifat akan sesuatu yang berlaku, baik sekitar pengetahuan manusia dan juga sekitar yang tak tercapai pancaindera.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Alhamdulillah wa solatu wa salamu ala Rasulillah wa ala alihi wa sohbihi ajmain.
Salam sejahtera kepada semua pendengar terutamanya kepada para mahasiswa dan juga mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil. Semoga kita bersama-sama dilindungi dan diberkati oleh Allah subhanahu wa taala.