
RA’SU SIDR- Perkhemahan Musim Panas ISMA, salah satu program tahunan ISMA Mesir yang dianjurkan oleh Biro Sukan dan Kebudayaan kembali lagi tahun ini khusus buat mahasiswi Malaysia di Mesir. Perkhemahan 4 hari 3 malam yang diadakan dari 15 hingga 18 Julai ini telah mendapat sambutan yang hebat dengan penyertaan 113 orang mahasiswi dari pelbagai bidang serta muhafazah, juga penyertaan mahasiswi dari Singapura dan seorang siswi Malaysia yang menuntut di India.
Dengan tema “Pemuda Hari Ini, Impian Masa Depan”, semua program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan berorientasi untuk melahirkan para pemuda yang memahami dan menyedari peranan mereka pada masa hadapan.
Yang menarik, sesuai dengan tema untuk melahirkan pemuda harapan, perkhemahan kali ini telah menawarkan LE 350 untuk dimiliki oleh kumpulan yang menjadi juara keseluruhan dan mereka akan menjalankan aktiviti kebajikan daripada wang yang diperolehi ini.
Di samping itu, para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan mengikut negara iaitu negara Ethiopia, India, Filipina, Greece, Ukraine, Turki, Sepanyol, Perancis dan Jepun. Setiap kumpulan telah mendapat tugasan awal untuk mengkaji sejarah Islam di negara-negara tersebut.
Perkhemahan ini turut menghidangkan pengisian yang bermanfaat dan membina peribadi seperti muhadharah “ Mari Mengenal Saifuddin Qutuz”, tadabur Surah Yusuf dan sesi tazkirah. Selain itu, para peserta juga melalui aktiviti-aktiviti yang menguji kekuatan fizikal dalam aktiviti outdoor antaranya Blanket Jellyball, Batik Polo, Rounders dan War Game.
Kekuatan mental turut teruji dalam aktiviti membina sculpture, Blanket Chak, case-solving dan pembentangan secara choral speaking serta teambuilding. Tidak dilupa aktiviti yang diberi nama “Sinki Suri” yang menguji kemahiran memasak dan kebersihan sinki peserta serta menghasilkan video ala rancangan masakan yang menarik.
Peserta juga dihidangkan dengan aktiviti BBQ dan night orchestra pada malam kedua. Manakala malam ketiga, malam kemuncak perkhemahan yang diberi nama “Malam Seni Pemuda” menyaksikan setiap kumpulan mempersembahkan sketsa, hasil dari kajian negara masing-masing meliputi bahasa, budaya dan juga sejarah kedatangan Islam di sana.
Pada hari terakhir perkhemahan, para peserta diberi peluang untuk berkongsi perasaan dan apa yang diperoleh sepanjang program. Setelah itu, majlis penyampaian anugerah oleh Ketua Wanita ISMA Mesir, Dr Fatimah Zaharah Rosli kepada peserta terbaik mengikut kategori iaitu kategori “Pelapis Kem Kom”, “Diam-Diam Ubi Berisi”, “Seceria Mentari”, “Jack of All Trades” dan “Hailer Ghaib”.
Hadiah utama berupa LE 350 juga disampaikan kepada kumpulan juara iaitu kumpulan Ethiopia. Perkhemahan diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengarah program, Nur Khadijah Mohd Jamil dan sesi bergambar beramai-ramai.
Perkhemahan yang bermatlamatkan semangat berukhuwah dan kerjasama ini telah meninggalkan kenangan manis dan kesan yang mendalam kepada semua peserta. Salah seorang peserta dari Singapura menyifatkan semua aktiviti sepanjang perkhemahan amat menarik dan luar biasa selain pengetahuan sejarahnya juga turut teruji dalam permainan-permainan yang telah dijalankan.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan semua yang telah menjayakan Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir tahun ini. Semoga berjumpa lagi di PMPI pada tahun hadapan.
Gambar-gambar sekitar perkhemahan:

Sesi fotografi bersama semua peserta.

Ucapan penutup daripada pengarah perkhemahan.

Penyampaian anugerah kategori “Pelapis Kem Kom”

Peserta menunjukkan kesungguhan dalam menyanyikan nasyid tema perkhemahan

Kumpulan India bersama sculpture Taj Mahal mereka yang terpilih menjadi juara.

Peserta berentap dalam permainan “Blanket Jellyball”

Pertandingan masakan “Sinki Suri” yang dimenangi oleh kumpulan Turki

Kumpulan Greece memerah idea dalam aktiviti Case-solving

Aktiviti BBQ bersama ahli kumpulan.

Aktiviti “Teambuilding” yang menguji kerjasama antara ahli kumpulan.

Aktiviti Choral Speaking yang memperlihatkan kreativiti setiap kumpulan

Muhadharah“Mari Mnegenal Saifudin Qutuz”yang disampaikan oleh Dr Fatimah Zaharah.

Aktiviti outdoor yang diberi nama Balloon Sandwich.














Comments
RSS feed for comments to this post.