
RA’SU SIDR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) melalui Biro Sukan dan Kebudayaan telah menganjurkan program Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir dengan jayanya. Program lima hari yang bermula pada 11 Julai 2010 dan berakhir pada 15 Julai 2010 disifatkan sebagai program yang paling meriah pada tahun ini kerana seramai 89 orang peserta dari pelbagai jurusan dan muhafazah datang berhimpun sama-sama menjayakan program tersebut. Kehadiran peserta dari United Kingdom dan Czech Republik menambahkan lagi keistimewaan PMPI kali ini.
Bertemakan “Memperkasa Jati Diri”, PMPI kali ini diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus ke arah menjayakan objektif disamping memupuk semangat ukhuwwah di kalangan peserta. Ketangkasan fizikal dan semangat berpasukan diuji dalam pelbagai acara pantai seperti bola sepak pantai, polo air dan bola beracun. Program PMPI turut memuatkan acara indoor seperti bangunan straw dan kuiz IQ. Bakat peserta dalam bidang masakan juga berjaya dicungkil dalam acara Iron Chef di mana aneka sajian lazat disediakan oleh peserta untuk dipertandingkan oleh setiap kumpulan. Pelbagai lagi aktiviti menarik diadakan yang bertujuan mengeratkan muhibbah sesama peserta dan mencungkil bakat yang terpendam seperti BBQ, Malam Extravaganza (Malam Kesenian dan Kebudayaan), pertandingan montaj dan fotografi.
Pada hari terakhir program, peserta diberi peluang untuk berkongsi perasaan dan pengalaman yang mereka peroleh selama empat hari beraktiviti dalam sesi muhasabah. Rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan program dan berharap dapat mengikuti program-program seumpama ini pada masa akan datang. Kemudian, pihak penganjur memberikan sedikit ruangan kepada peserta dari United Kingdom dan Czech Republik untuk memberikan sedikit perkongsian berkenaan negara masing-masing.
Majlis penutup menyusul dan disempurnakan oleh pengarah program, Sdr Irfan bin Salmi. Dalam ucapannya, saudara Irfan melahirkan rasa gembira dan puas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program berlangsung. Beliau turut mengingatkan para peserta supaya terus menjaga ikatan persaudaraan yang telah dibina sepanjang program bahkan diteruskan pada masa yang akan datang.
ISMA-Mesir berharap, dengan penganjuran PMPI ini dapat menyuburkan lagi ikatan persaudaraan dan membina jatidiri mahasiswa seterusnya menjadi titik tolak kearah perpaduan yang berterusan untuk melahirkan peribadi-peribadi yang kuat jatidiri, cemerlang akademik, dan bermanfaat pada masyarakat.
Akhir sekali, pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada peserta, badan pelaksana dan badan-badan yang terlibat dalam menjayakan PMPI kali ini. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan.
Seperti tahun sebelumnya, pihak penganjur mengeluarkan CD koleksi gambar dan video PMPI. Bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya, bolehlah membuat tempahan kepada saudara Mohd Hazim bin Mohd Azhar ( +2011-2877646) dengan harga LE5 sekeping.
Gambar Sekitar Aktiviti:-




























Comments
Jika akhi Bilal ada tentu program lebih variasi
RSS feed for comments to this post.