
Kaherah,6 Julai – “Jika seorang pemidato boleh menyampaikan mesej dengan kata-kata, maka seorang jurugambar profesional boleh menyampaikan mesej melalui gambar-gambarnya,” ucap Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat, Pengerusi ISMA-Mesir.
“Lihat bagaimana pada tahun 2002, perhatian dunia dan masyarakat tertarik pada gambar Muhammad Al-Durrah yang mati di ribaan ayahnya setelah ditembak oleh tentera Israel. Gambar tersebut telah menjadi antara gambar terbaik tahun itu”.
"Bayangkan jika tiada jurugambar yang berusaha untuk merakam detik tersebut,” tambahnya lagi, merujuk kepada insiden penembakan anak Jamal Al-Durrah,Muhammad Al-Durrah, 12, yang dirakam oleh jurugambar France 2, Talal Abu Rahma.
Ustaz Shuhaib juga menekankan bahawa melalui fotografi banyak sumbangan dan kesan yang boleh diberi kepada komuniti mahasiswa di Mesir. Pelbagai projek seperti penghasilan esei foto berkaitan kehidupan dan suasana pelajar Malaysia di Mesir umpamanya, boleh menjadi medium penyampaian mesej Islam yang murni, keluar dari kaedah ortodoks seperti pidato semata-mata.
“Oleh itu para mahasiswa harus sentiasa berfikir untuk mengembangkan potensi serta bakat masing-masing, dan sentiasa berfikir di luar kotak”.
Beliau berucap sedemikian dalam majlis penutupan Photojournalism Workshop Cairo 2010 anjuran Biro Media ISMA-Mesir, yang telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 2 Julai hingga 6 Julai 2010, mengambil tempat di sekitar kota Kaherah dan Iskandariah.
Bengkel yang julung kali seumpamanya dianjurkan di Mesir dengan tema “Tele-ing Techniques, Widening Experiences” telah berjaya memberi peluang kepada 31 orang peserta lelaki dan perempuan dari pelbagai latarbelakang untuk mengasah dan memperdalam teknik fotojurnalism serta menimba pengalaman daripada jurulatih yang didatangkan khas dari Malaysia, Encik Zainal Abdul Halim.
Beliau yang pernah bertugas di agensi berita terkemuka antarabangsa Reuters, dan akhbar tempatan The Sun Daily, telah berkongsi pelbagai kaedah asas fotojurnalism dan pengalaman beliau selama 25 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.
Gambar sekitar aktiviti...


























Comments
semoga berpeluang utk join next time..
ade lg x?
RSS feed for comments to this post.