Selaku mahasiswa Melayu Islam yang menuntut ilmu di luar negara, kita berhadapan pelbagai cabaran besar. Selain budaya masyarakat setempat, kita berhadapan dengan ujian yang lebih besar; iaitu cabaran menjaga identiti dan jati diri selaku mahasiswa Melayu Islam.
Pengaruh barat senantiasa menghimpit kita dari segenap sudut sehinggakan akidah menjadi goyah. Akibatnya peribadi muslim yang ditanam sejak kecil lebur seolah-olah akhlak mulia orang-orang lama menjadi asing dalam hidup kita.
Arus deras internet, facebook, artis, filem dan hiburan telah berjaya menghanyutkan sebilangan besar di kalangan mahasiswa. Mereka menjadi leka dan alpa akan tujuan sebenar menuntut ilmu sedangkan proses pembinaan semula umat Islam terletak di tangan mereka. Hanya mereka yang memiliki iman yang kuat dan jati diri yang kukuh akan mampu menongkah arus jahiliyah ini.
Sehubungan itu, bersempena cuti musim panas pada tahun ini, ISMA-Mesir tampil dengan menganjurkan Perkhemahan Musim Panas ISMA (PMPI 2010). Bertemakan ‘Memperkasa Jati Diri’, program selama 4 hari 3 malam ini akan berlangsung di Pantai Ra’s Sidr, 60km dari Terowong Ahmed Hamdi, Muhafazah Sinai. Bermula 12 Julai sehingga 15 Julai, pelbagai acara akan dijalankan untuk mencapai objektif program. Antara yang menarik ialah permainan pantai, ice-breaking, bbq, malam seni budaya, perkongsian luar negara dan pertandingan fotografi. Bagi mahasiswi pula, perkhemahan akan berlangsung pada 15 Julai sehingga 18 Julai.
Sepanjang perkhemahan, peserta bakal menikmati suasana percutian yang penuh dengan input berharga sebagai bekalan menghadapi cabaran-cabaran selaku mahasiswa dan mahasiswi di perantauan. Jika di Malaysia kita dijaga diperhatikan ibu dan bapa, namun di bumi orang hanya kawan dan teman yang memberi nasihat dan sokongan.
Semoga PMPI 2010 berjaya mencapai objektif sekaligus menjadi kenangan yang tidak akan dilupa oleh seluruh warga kerja dan peserta.
Untuk makluman, pihak urusetia masih lagi membuka pintu pendaftaran seluas-luasnya kepada semua yang berminat. Sila hubungi Sdr Mukmin Khairi di talian 0142244164 untuk maklumat lanjut.
Gambar-gambar PMPI 2009...







Oleh:
Sdr Mohd Firdaus bin Salleh Hudin
Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP),
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir)














Comments
~rsenye tu gmbar pmpi08.... bkn 09, kot?
RSS feed for comments to this post.