
Fokus Biro
1.Sukan Menyediakan program berunsurkan jasmani seperti riadhah mingguan, pertandingan sukan dan ekspedisi ke kawasan menarik di Mesir.
2. Kebudayaan Fokus tentang kesenian dan kebudayaan terutamanya nasyid dan lakonan.Menyediakan program Hari Kesenian dan Kebudayaan.Objektif Biro
1. Membuka pemikiran dan skop tentang keluasan Islam itu sendiri tak terbatas dalam ruang lingkup ibadah khusus dan pengajian agama malah merangkumi setiap aspek kehidupan seperti riadhah dan kesenian.
2. Mencungkil bakat-bakat mahasiswa dalam bidang-bidang kesukanan dan kesenian.
3. Membuka peluang-peluang berdakwah dalam kedua-dua bidang tersebut.
Ekspedisi Sinai (EKSIS)
Akan diadakan pada 17/18 Februari 2010 selama dua hari dua malam merangkumi lawatan ke kubu Salahuddin, muzium tentera, sempadan Mesir-Israel dan juga Jabal Musa. Peserta juga akan disajikan dengan sirah anbiya' seperti Nabi Musa dan Harun dan juga sejarah Mesir sendiri. Program barbeque juga akan disediakan.
Harapan kepada peserta
Diharapkan agar peserta dapat mengambil input dan pengajaran sebanyak mungkin di samping dapat menikmati perjalanan sebaiknya sambil melihat pemandang dan menjalin ukhuwah bersama-sama.
Harapan kepada semua mahasiswa
Diharapkan agar semua mahasiswa Melayu Mesir dapat menyertai setiap program yang dianjurkan biro seperti rehlah, riadhah mingguan, hari kesenian dan karnival sukan agar semua dapat merasai manfaat dan pengajaran dari setiap program yang diadakan.
Membina generasi harapan!
Amin Abd Rahman
Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan
Kuliah Perubatan Tahun 4
Universiti Kaherah, Mesir
Klik untuk Tonton Video













