KAHERAH: Seramai 400 orang mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir berhimpun di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah bagi menjayakan hari pertama Roadshow Aman Palestin. Program ini berlangsung selama tiga hari; hari pertama di Kaherah, hari kedua di Mansurah dan hari ketiga di Tanta.
Hadirin tiba seawal jam 5.00 petang dan program bermula sejam selepas itu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Program yang merupakan anjuran bersama AMAN Palestin Berhad dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) ini telah dirasmikan oleh Pengerusi ISMA-Mesir, saudara Shuhaib Ar-rumy bin Selamat. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan hadirin tentang kelebihan 10 awal Zulhijjah dan perlunya isu Palestin diangkat sebagai isu bersama serta apa jua usaha dari mana-mana pihak perlu disokong dan dihargai.
Program diteruskan dengan tayangan video berkenaan isu palestin sebelum kumpulan nasyid Fetya tampil ke pentas untuk memeriahkan program dengan lagu Palestina Tercinta, nyanyian asal Shoutul Harakah. Forum bermula sejurus selepas itu.
Forum dikendalikan oleh Hazim Azhar manakala ahli panelnya merupakan jemputan khas dari Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Zainur Rasyid dan Mejar Nazri bin Musman yang kedua-duanya merupakan pakar perunding Aman Palestin Berhad. Forum yang berlangsung selama hampir dua jam yang berkisar tentang pengenalan isu Palestin dan kupasan yang mendalam mengenainya telah berjaya menarik soalan-soalan yang bernas dari hadirin.
Tidak cukup dengan itu, hadirin dihidangkan dengan persembahan pentomen dan sekali lagi kumpulan nasyid Fetya menaikkan semangat hadirin dengan tiga buah lagu; Lagu Kedamaian, Al-Aqsa dan Palestina Tercinta.
Program ini telah berjaya menaikkan semangat hadirin disamping memberi input-input berkenaan isu Palestin. Seorang mahasiswa dari Tanta memberikan respon, "Walaupun saya baru saja sampai lima minit saya fikir jika bukan kita, siapa lagi yang akan mengingatkan masyarakat tentang isu Palestin?".
Menurut Dr. Zainur Rasyid, kali ini merupakan kali ketiga beliau mengadakan program Palestin di Mesir. Menurut beliau, sambutan kali ini sangat meriah lebih-lebih lagi dengan pembaharuan format yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pada malam itu saja, program Roadshow Palestin berjaya mengutip sejumlah LE12,000. Turut hadir dalam program tersebut Pegawai Hal-ehwal Kebajikan Anak Negeri Sembilan.
Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Ketua Biro Dakwah ISMA-Mesir, saudara Abdullah bin Husen.

Gambar sekitar aktiviti: