
ISKANDARIAH, 12 Jun. – Bersempena peperiksaan akhir semester perubatan yang bakal tiba, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) bersama Pejabat MARA Mesir telah menganjurkan Malam Motivasi dan Solat Hajat bertempat di asrama MARA Iskandariah di Azarita, Iskandariah.
Program ini telah dihadiri oleh hampir 80 orang mahasiswa jurusan perubatan Universiti Iskandariah.
Perjalanan majlis pada malam tersebut dikendalikan oleh Saudara Muhammad Zaid bin Mohd Rosli yang merupakan pengarah program pada malam tersebut. Majlis dimulakan setelah selesai solat maghrib berjemaah dengan ucapan aluan daripada Pegawai MARA di Pejabat MARA Mesir, Ustaz Isahak bin Othman dan Pengerusi ISMA-Mesir, Saudara Shuhaib Ar-rumy bin Selamat.
Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Setiausaha ISMA-Mesir, saudara Salman Al-farisi bin Selamat. Dalam ceramahnya, saudara Salman telah menerangkan pemahaman belajar sebagai ibadah, hakikat peperiksaan, contoh tokoh-tokoh Islam yang cemerlang dan mampu menggunakan potensi diri dengan maksimum.
Ceramah tersebut telah disusuli dengan tayangan beberapa video yang menarik. Sejurus selepas itu, para hadirin bersolat Isya’ dan diikuti dengan solat hajat dengan diimamkan oleh Pengerusi Perubatan cawangan Iskandariah saudara Hafizuddin bin Abdul Razak. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.
Sekitar program....





















