SET FONT SIZE
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
JA Control Panel

ismamesir.com

Sambutan Maulidur Rasul ISMA-Mesir 1430H

E-mail Print PDF
User Rating: / 3
PoorBest 

KAHERAH, 8 Mac.- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ISMA-Mesir 2009. Majlis yang bertempat di pejabat ISMA-Mesir, Bawwabah Thaniah ini bermula sekitar jam 6.30 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Seramai hampir 90 orang mahasiswa Malaysia di Mesir telah sama-sama menghadiri majlis tersebut.

 

Majlis yang dianjurkan ini bertujuan memperingati kelahiran dan perjalanan hidup Baginda SAW supaya para mahasiswa dapat mencontohi dan mempraktikkan sunnah Baginda SAW dalam setiap keadaan dan di dalam seluruh aspek kehidupan.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis, saudara Mohd Ikram Bin Abu Hasan diikuti dengan bacaan al-Quran yang diperdengarkan oleh saudara Mohd Taqiuddin Bin Mohammad. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan pengarah program, saudara Abdullah bin Hussen. Dalam ucapannya, saudara Abdullah menerangkan tentang objektif-objektif program selain turut mengingatkan para hadirin tentang kecintaan Rasulullah SAW terhadap umatnya.

Tepat jam 7.30 malam, majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk “Muhammad, Pembawa Risalah Agung” yang telah disampaikan oleh Ustaz Qamarul Naim bin Mohd Faizal. Antara perkara-perkara yang telah dijelaskan ialah, hukum menyambut Maulidur Rasul, keagungan peribadi Nabi SAW serta langkah-langkah praktikal di dalam menghayati sirah Rasulullah SAW yang mulia. Beliau juga telah menyelitkan ceramah beliau dengan beberapa tayangan video yang berkaitan.

Majlis diikuti dengan acara kuiz yang berkisar tentang sirah baginda SAW. Acara ini telah dikendalikan oleh saudara Ammar Arrasyid. Ia dimeriahkan lagi dengan pemberian hadiah kepada hadirin yang dapat menjawab soalan-soalan kuiz tersebut.

Persembahan nasyid juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. Ia merupakan acara penutup bagi majlis tersebut yang diakhiri dengan jamuan makan malam.

Sekitar majlis Sambutan Maulid ar-Rasul ISMA-Mesir 1430H...
 

Sekitar Aktiviti ISMA-Mesir

Laman JPMK

Mesti Klik



 

                                                                                                                              Paparan terbaik dengan