Featured, SEMASA »

[17 Aug 2010 | No Comment | ]
ISMA lancar Kempen Nur Ramadhan

 

Bandar Baru Bangi – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) julung-julung kalinya melancarkan Kempen Nur Ramadhan bagi menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini dalam satu majlis di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi pada 8 Ogos yang lalu.
Kempen ini merupakan salah satu usaha Sekretariat Dakwah dan Sosial ISMA dalam menyeru umat Islam agar menunaikan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh serta mengajak umat Islam supaya benar-benar menghayati Ramadhan dan menunaikan puasa dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan dari Allah s.w.t.
“Di dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran, pada masa yang sama, bulan ini juga mewarnai peristiwa-peristiwa besar …

SEMASA »

[13 Aug 2010 | No Comment | ]
Misi Aman Palestin 2 selamat tiba di Gaza

Gaza, 10 Ogos – Rombongan misi kemanusiaan Aman Palestin kali kedua telah berjaya masuk ke Jalur Gaza semalam (9 Ogos) bersama bantuan bernilai USD 150,000 yang berupa ubat-ubatan, susu bayi serta persediaan untuk menyambut Ramadhan bagi seluruh muslimin yang berada di bumi Gaza.
Misi yang disertai oleh seramai 2 orang pegawai Aman Palestin beserta 4 orang sukarelawan yang lain ini diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga Presiden ISMA.
Kesemua mereka telah berjaya masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah dengan selamatnya.
Ketibaan delegasi ini disambut dengan penuh …

ARTIKEL »

[11 Aug 2010 | No Comment | ]
Rancang Ramadan Anda

 
Saban tahun, apabila tiba Ramadan, kita dapat lihat pelbagai kata-kata aluan yang dilahirkan sama ada melalui poster-poster, masjid, televisyen, radio, internet dan banyak lagi sebagai tanda gembira dan seronok dengan kehadiran bulan yang penuh berkat ini. Tidak kurang juga diulang-ulang fadilat atau kelebihan-kelebihan bulan ini sebagai motivasi kepada kita semua agar bersungguh-sungguh dan berusaha gigih dalam menghidupkan bulan ini.
Namun begitu, seringkali Ramadan tetap berlalu dengan sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan. Niat sudah dipasang, semangat pun berkobar-kobar dengan penuh keazaman. Namun, apabila tiba sahaja Ramadan, pasti berulang perkara yang sama  …

SEMASA »

[10 Aug 2010 | No Comment | ]

Bangi, 1 Ogos – Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Yang Dipertua cawangan-cawangan seluruh negara telah memutuskan ungkapan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” sebagai slogan baru pertubuhan, dalam satu muzakarah yang berlangsung di ibu pejabat ISMA pada hari ini.
Slogan baru ini mengungkapkan aspirasi ISMA yang melihat keperluan mendesak umat Melayu Islam di negara ini agar segera menyedari bahaya ancaman terhadap jatidiri dan masa depan mereka akibat serangan pemikiran di era globalisasi kini. Perkara ini bertambah buruk lagi akibat percakaran antara parti-parti politik Melayu …

Featured, IKLAN »

[3 Aug 2010 | 2 Comments | ]
PROGRAM SEMPENA RAMADHAN INI..

Bersempena Bulan Ramadhan yang menjelang ini,pihak ISMA-Mesir (Mansurah) dengan sukacitanya membawakan kepada anda program EKSPLORASI KHAZANAH KITA.Di antara tujuan utama program ini adalah bagi memenuhi masa cuti kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat disamping dapat menambah ilmu pengetahuan kita.Ditambah dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mana amalan kita dilipat kali gandakan oleh Allah,marilah sama-sama kita penuhkan waktu lapang kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat ini.
Di antara aktiviti yang dijalankan:
1) KELAS FIKH DAN USUL FIKH
Pengajar: ust Isfahmi dan Ust Syamil Tanta
Buku: kitab fikh sunnah syed -sabiq,kitab alwajiz -abd karim zaidan
2) DISKUSI KITAB
Kitab: Halal wa haram-dr …