“Kofta Lahma”

Antara makanan arab yang popular adalah Kofta. Terdapat pelbagai jenis kofta, antaranya kofta daging, kofta ayam, kofta samak (ikan), kofta gambari (udang), dan kofta ketam.
Resipi Kofta Lahma (Daging)
Bahan-bahannya:
½ kilo daging cincang
1 biji bawang merah (sederhana besar) – dicincang
2 biji telur
½ biji lemon – diperah airnya
Sedikit garam
Sedikit ‘ba’donis’ – cincang halus
Sedikit serbuk cili, serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis
Serbuk roti atau ‘ba’somat’ yang ditumbuk halus
Cara membuatnya:
Masukkan bahan-bahan dia atas satu persatu, sambil menggaulkan bahan-bahan tadi, kecuali serbuk roti@ba’somat.
Kemudian gempalkan dengan tangan sehingga jadi macam bentuk kofta(boleh jg guna satu tangan shj), letak dalam peti ais selama sejam atau lebih.
Panaskan minyak, tunggu sehingga minyak betul-betul panas baru letak kofta tadi. Sebelum itu, salutkan kofta dengan serbuk roti atau ba’somat. Siap dihidang.
Kofta paling sesuai dihidang bersama salatah(tomato+sedikit cili), roti easy, tohinah dan kentang goreng (seperti dalam gambar).
-Sumber; Ummu Ahmad










salam ziarah dr cairo =)
hm menarik resepi ni~ bleh try.taklah ssh sgt
jzkk sbb bkongsi!
Leave your response!