Home » ARTIKEL

Ayuh, semak kembali niatmu! (Ikhtilal Niat)

14 June 2010 No Comment

Salam buat para pendakwah!

Antara penyakit yang menimpa para pendakwah hari ini ialah kecacatan niat. Kecacatan niat menyebabkan para pendakwah terdedah kepada gejala riak, ujub dan sebagainya.

Antara bentuk ikhtilal niat (kecacatan niat) ialah:

  • Para pendakwah merebut kedudukan tinggi dan popular di dalam masyarakat.
  • Suka berbicara tentang sumbangan, jasa dan pencapaiannya dalam kerja-kerja dakwah dan lapangan amal islami.
  • Tidak merasa bahagia  jika dakwah berjaya di tangan orang lain. Dia merasa sedih, pilu dan dukacita jika dakwah orang lain mengatasinya dan diterima masyarakat.
  • Suka pada pujian dan sanjungan. Berubah wajahnya bila dikritik dan dicela kerja-kerjanya.
  • Mencari manfaat dan habuan, berusaha untuk mendapat imbuhan dari amal dakwahnya sama ada berbentuk kebendaan atau maknawi.
  • Suka dan cenderung untuk menonjolkan diri dan merebut jawatan kepimpinan dan tidak suka dan rela orang lain bekerja dalam barisan para pendakwah.
  • Wujud perasaan ujub, rasa bangga dengan keupayaan dan kompetensinya, menonjolkan kelebihannya dalam amal islami dan mengulang-ulang menyebutnya dalam mana -mana sempena atau tidak.

Photobucket

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
YDP ISMA Seremban

Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.