ISMA-Mesir | Mansurah
	<language>en</language>
Perutusan Presiden ISMA Sempena Aidilfitri 1431H
Bismillahi walhamdulillah. Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah s.a.w., waba’du.
Muslimin Muslimat yang berbahagia,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hari ini 10 September 2010 bersamaan 1  Syaawal 1431H, umat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang  dibesarkan oleh Allah s.w.t yang dipanggil Hari Raya Eidul Fitri.
Setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke  Madinah, Baginda mendapati penduduknya  menjadikan 2 hari tertentu  sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari  apakah ini?”. Mereka  menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak Zaman  Jahiliyyah lagi”.  Lalu Nabi s.a.w. bersabda,“Sesungguhnya Allah  telah  menggantikan 2 hari tersebut bagi ...]]></description>
Terus Bertaqwa Di Aidilfitri
Bahang hari-hari terakhir Ramadan semakin terasa. Bahkan, sepuluh malam-malam terakhir ini adalah kumpulan hari yang paling dinanti-nantikan oleh sesetengah golongan manusia. Ada yang memperuntukkan masa, tenaga dan harta untuk pergi menziarahi Tanah Suci dengan mengerjakan umrah. Rasulullah s.a.w sendiri memanifestasikan kecintaan baginda pada ‘tempoh bonus’ ini dengan meningkatkan kekerapan amalan iktikaf baginda dan qiamullail di bawah cahaya bintang-bintang malamnya.
Namun begitu, tidak kurang juga yang lebih merasakan kuatnya bahang panas suasana Aidilfitri dan perayaan. Mengambil kira jiwa manusia dan suasana adat yang diraikan, sambutan hari raya juga merupakan ibadat, asalkan masih ...]]></description>
Pecutan Terakhir Ramadan
		<description><![CDATA[Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,  Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa adalah perisai (yang memelihara daripada akhlaq yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa , maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok atau kesat. Jika ada orang memakinya (bergaduh dengannya) maka katakanlah kepadanya:  Sesungguhnya aku berpuasa”
Kita telah berada di fasa ketiga bulan Ramadan yang dijanjikan bagi kita perlepasan dari api neraka oleh Allah s.w.t. Bagaimanakah prestasi kita pada fasa pertama dan kedua bulan ini? Proses tarbiah jiwa mukmin perlu berterusan dan tempoh yang paling baik adalah di dalam bulan Ramadan ini. Jiwa yang ...]]></description>
Saat terbaik untuk berubah
Iftar Jamaie ISMA-Mesir (Mansurah) bina ukhwah
		<description><![CDATA[Mansurah, 22 Ogos – Waktu berbuka ialah salah satu kegembiraan yang dijanjikan dalam hadis Rasulullah SAW bagi mereka yang berpuasa. Selain itu, Rasulullah SAW juga ada bersabda bahawa mereka yang memberi makan orang yang berpuasa akan memperoleh kadar pahala yang sama tidak kurang walau sedikit pun.
Oleh sebab itu, ISMA-Mesir (Mansurah) turut tidak melepaskan peluang pada bulan mulia ini dengan menganjurkan majlis Iftar Jamaie. Selain untuk merebut ganjaran yang dijanjikan, majlis ini turut bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara mahasiswa di sini. Seramai lebih daripada 20 orang mahasiswa telah menghadiri majlis ini ...]]></description>
ISMA lancar Kempen Nur Ramadhan
Bandar Baru Bangi – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) julung-julung kalinya melancarkan Kempen Nur Ramadhan bagi menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini dalam satu majlis di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi pada 8 Ogos yang lalu.
Kempen ini merupakan salah satu usaha Sekretariat Dakwah dan Sosial ISMA dalam menyeru umat Islam agar menunaikan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh serta mengajak umat Islam supaya benar-benar menghayati Ramadhan dan menunaikan puasa dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan dari Allah s.w.t.
“Di dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran, pada masa yang sama, bulan ini juga mewarnai peristiwa-peristiwa besar ...]]></description>
Misi Aman Palestin 2 selamat tiba di Gaza
		<description><![CDATA[Gaza, 10 Ogos – Rombongan misi kemanusiaan Aman Palestin kali kedua telah berjaya masuk ke Jalur Gaza semalam (9 Ogos) bersama bantuan bernilai USD 150,000 yang berupa ubat-ubatan, susu bayi serta persediaan untuk menyambut Ramadhan bagi seluruh muslimin yang berada di bumi Gaza.
Misi yang disertai oleh seramai 2 orang pegawai Aman Palestin beserta 4 orang sukarelawan yang lain ini diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga Presiden ISMA.
Kesemua mereka telah berjaya masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah dengan selamatnya.
Ketibaan delegasi ini disambut dengan penuh ...]]></description>
Rancang Ramadan Anda
Saban tahun, apabila tiba Ramadan, kita dapat lihat pelbagai kata-kata aluan yang dilahirkan sama ada melalui poster-poster, masjid, televisyen, radio, internet dan banyak lagi sebagai tanda gembira dan seronok dengan kehadiran bulan yang penuh berkat ini. Tidak kurang juga diulang-ulang fadilat atau kelebihan-kelebihan bulan ini sebagai motivasi kepada kita semua agar bersungguh-sungguh dan berusaha gigih dalam menghidupkan bulan ini.
Namun begitu, seringkali Ramadan tetap berlalu dengan sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan. Niat sudah dipasang, semangat pun berkobar-kobar dengan penuh keazaman. Namun, apabila tiba sahaja Ramadan, pasti berulang perkara yang sama  ...]]></description>
“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” diumum slogan baru ISMA
		<description><![CDATA[Bangi, 1 Ogos – Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Yang  Dipertua cawangan-cawangan seluruh negara telah memutuskan ungkapan  “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” sebagai slogan baru pertubuhan, dalam  satu muzakarah yang berlangsung di ibu pejabat ISMA pada hari ini.
Slogan baru ini mengungkapkan aspirasi  ISMA yang melihat keperluan mendesak umat Melayu Islam di negara ini  agar segera menyedari bahaya ancaman terhadap jatidiri dan masa depan  mereka akibat serangan pemikiran di era globalisasi kini. Perkara ini  bertambah buruk lagi akibat percakaran antara parti-parti politik Melayu ...]]></description>
PROGRAM SEMPENA RAMADHAN INI..
Bersempena Bulan Ramadhan yang menjelang ini,pihak ISMA-Mesir (Mansurah) dengan sukacitanya membawakan kepada anda program EKSPLORASI KHAZANAH KITA.Di antara tujuan utama program ini adalah bagi memenuhi masa cuti kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat disamping dapat menambah ilmu pengetahuan kita.Ditambah dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mana amalan kita dilipat kali gandakan oleh Allah,marilah sama-sama kita penuhkan waktu lapang kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat ini.
Di antara aktiviti yang dijalankan:
1) KELAS FIKH DAN USUL FIKH
Pengajar: ust Isfahmi dan Ust Syamil Tanta
Buku: kitab fikh sunnah syed -sabiq,kitab alwajiz -abd karim zaidan
2) DISKUSI KITAB
Kitab: Halal wa haram-dr ...]]></description>