Home » Archive

Articles in the ARTIKEL Category

ARTIKEL, Featured, Headline »

[8 Sep 2010 | No Comment | ]
Terus Bertaqwa Di Aidilfitri

Bahang hari-hari terakhir Ramadan semakin terasa. Bahkan, sepuluh malam-malam terakhir ini adalah kumpulan hari yang paling dinanti-nantikan oleh sesetengah golongan manusia. Ada yang memperuntukkan masa, tenaga dan harta untuk pergi menziarahi Tanah Suci dengan mengerjakan umrah. Rasulullah s.a.w sendiri memanifestasikan kecintaan baginda pada ‘tempoh bonus’ ini dengan meningkatkan kekerapan amalan iktikaf baginda dan qiamullail di bawah cahaya bintang-bintang malamnya.
Namun begitu, tidak kurang juga yang lebih merasakan kuatnya bahang panas suasana Aidilfitri dan perayaan. Mengambil kira jiwa manusia dan suasana adat yang diraikan, sambutan hari raya juga merupakan ibadat, asalkan masih …

ARTIKEL, Featured »

[2 Sep 2010 | No Comment | ]
Pecutan Terakhir Ramadan

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,  Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa adalah perisai (yang memelihara daripada akhlaq yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa , maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok atau kesat. Jika ada orang memakinya (bergaduh dengannya) maka katakanlah kepadanya:  Sesungguhnya aku berpuasa”
Kita telah berada di fasa ketiga bulan Ramadan yang dijanjikan bagi kita perlepasan dari api neraka oleh Allah s.w.t. Bagaimanakah prestasi kita pada fasa pertama dan kedua bulan ini? Proses tarbiah jiwa mukmin perlu berterusan dan tempoh yang paling baik adalah di dalam bulan Ramadan ini. Jiwa yang …

ARTIKEL, Featured »

[23 Aug 2010 | No Comment | ]
Saat terbaik untuk berubah

Kebelakangan ini kita melihat gejala di kalangan remaja semakin membimbangkan. Terutamanya golongan remaja Melayu Islam. Dari kes buli, gangsterisme dan ponteng sekolah hinggalah kepada kes-kes berat seperti bunuh, dadah dan zina. Perkembangan ini saban hari dilihat seolah-olah tidak akan berhenti. Setiap hari ada sahaja kes-kes yang melibatkan golongan ini dipaparkan di media-media massa. Dan perkara ini juga tidak mengenal masa dan ketika, hinggakan di bulan Ramadan yang mulia ini juga kita masih terdengar akan kes-kes seperti ini. Baru-baru ini juga dapat kita lihat bagaimana jauhnya remaja kita daripada agama di …

ARTIKEL »

[11 Aug 2010 | No Comment | ]
Rancang Ramadan Anda

 
Saban tahun, apabila tiba Ramadan, kita dapat lihat pelbagai kata-kata aluan yang dilahirkan sama ada melalui poster-poster, masjid, televisyen, radio, internet dan banyak lagi sebagai tanda gembira dan seronok dengan kehadiran bulan yang penuh berkat ini. Tidak kurang juga diulang-ulang fadilat atau kelebihan-kelebihan bulan ini sebagai motivasi kepada kita semua agar bersungguh-sungguh dan berusaha gigih dalam menghidupkan bulan ini.
Namun begitu, seringkali Ramadan tetap berlalu dengan sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan. Niat sudah dipasang, semangat pun berkobar-kobar dengan penuh keazaman. Namun, apabila tiba sahaja Ramadan, pasti berulang perkara yang sama  …

ARTIKEL »

[14 Jun 2010 | No Comment | ]

Salam buat para pendakwah!
Antara penyakit yang menimpa para pendakwah hari ini ialah kecacatan niat. Kecacatan niat menyebabkan para pendakwah terdedah kepada gejala riak, ujub dan sebagainya.
Antara bentuk ikhtilal niat (kecacatan niat) ialah:

Para pendakwah merebut kedudukan tinggi dan popular di dalam masyarakat.
Suka berbicara tentang sumbangan, jasa dan pencapaiannya dalam kerja-kerja dakwah dan lapangan amal islami.
Tidak merasa bahagia  jika dakwah berjaya di tangan orang lain. Dia merasa sedih, pilu dan dukacita jika dakwah orang lain mengatasinya dan diterima masyarakat.
Suka pada …

ARTIKEL »

[9 Jun 2010 | No Comment | ]

Kekuatan dan kehebatan seseorang sebenarnya bergantung kepada kekuatan peribadinya. Dalam Islam, seseorang itu dikira hebat atau kuat apabila tinggi akhlaknya. Sebaliknya apabila rendah akhlaknya maka seseorang itu tidak dipandang tinggi. Nilaian ini sebenarnya diakui oleh semua masyarakat manusia zaman berzaman sebelum dan selepas kedatangan Islam. Cuma apabila kehidupan manusia lebih tertumpu kepada kebendaan (material) nilaian ini berubah sedikit demi sedikit sehingga yang lemah pada hakikatnya tetapi dipandang hebat apabila dia berjaya mempromosi dirinya sehingga dilihat hebat.Sebaliknya yang kuat tidak dipandang hebat apabila gagal mempamerkan kehebatannya.
Orang yang cermat dalam menilai …

ARTIKEL, WANITA DAN KELUARGA »

[1 May 2010 | No Comment | ]

(Sedutan akhbar Berita Harian)
SUKAINA al-Zayer tidak mungkin berpeluang menang sebarang pertandingan ratu cantik kerana dia memakai purdah dan abaya yang tidak membolehkan orang menilai kecantikan wajahnya.
Dia juga mengaku bertubuh gempal.
Tetapi dalam satu-satunya pertandingan ratu cantik di Arab Saudi, hakim tidak mempedulikan bentuk tubuh atau kecantikan wajah. Apa yang mereka cari dalam pertandingan itu ialah ‘Ratu Cantik Akhlak’ di kalangan peserta yang berjaya menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.
“Matlamat peraduan itu ialah untuk mengukur komitmen peserta terhadap moral seperti yang dikehendaki Islam. Ia alternatif kepada ratu cantik …

ARTIKEL »

[20 Apr 2010 | Comments Off | ]

Pemuda-pemuda kini umpama kijang-kijang yang terincut-incut jika dibandingkan dengan dahulunya adalah anak-anak singa. Lihat sahaja pada pemuda berumur 17 tahun yang sudah ke medan perang, Zaid bin Harithah iaitu anak angkat kesayangan Rasulullah s.a.w  14 ratus tahun lalu.
Dalam mengimbas kembali jihad mukminin yang tiada henti, tidak lengkaplah tanpa menyebut tentang pembebasan Constantinople oleh Khalifah Uthmaniyah yang ke tujuh pada tahun 857H.
Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq; ” Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera.“ [Hadis riwayat Imam Ahmad]
As-Syahid Abu Ayyub …

ARTIKEL »

[13 Apr 2010 | No Comment | ]

Menilai susah, senang atau ujian yang menimpa diri kita bukan hanya dengan logik akal semata-mata tetapi hendaklah menilainya dengan pandangan hati.
Jika kita melihat hanya dengan akal semata-mata kita akan berusaha untuk tidak mahu menghadapi kesusahan atau cabaran itu. Kita akan mencari jalan untuk mengelak daripada menempuhinya. Hakikatnya, kesusahan dan cabaran itu ialah anugerah daripada Allah dan takdir yang tidak dapat dielakkan. Malah, kesusahan dan kegagalan ialah prasyarat untuk seseorang itu berjaya. Kita tidak akan berjaya andai kita tidak sanggup mencuba, dan kita tidak akan mencuba kalau kita takut akan kesusahan, …

ARTIKEL »

[7 Apr 2010 | No Comment | ]

Tanggungjawab umat Islam adalah mengubah kemungkaran (taghyir). Perubahan bermaksud menggantikan kemungkaran dengan kebenaran, bukan menghapuskan kemungkaran dan menggantikannya dengan kemungkaran yang lain. Malah kita dilarang mengubah sesuatu kemungkaran jika boleh menyebabkan wujudnya kemungkaran lain lebih besar. Allah melarang umat Islam mengutuk berhala kerana akan menyebabkan orang kafir mengutuk Allah s.w.t.
Allah s.w.t telah menunjukkan bagaimana cara merubah tamaddun jahiliyyah kepada Islam melalui penurunan wahyu secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.aw. Allah mentaklifkan manusia untuk menegakkan Islam, Allah juga telah meletakkan sunnah kepada perubahan manusia yag berubah secara beransur-ansur. Maka proses merubah tamaddun …