Home » Archive

Articles in the Featured Category

ARTIKEL, Featured, Headline »

[8 Sep 2010 | No Comment | ]
Terus Bertaqwa Di Aidilfitri

Bahang hari-hari terakhir Ramadan semakin terasa. Bahkan, sepuluh malam-malam terakhir ini adalah kumpulan hari yang paling dinanti-nantikan oleh sesetengah golongan manusia. Ada yang memperuntukkan masa, tenaga dan harta untuk pergi menziarahi Tanah Suci dengan mengerjakan umrah. Rasulullah s.a.w sendiri memanifestasikan kecintaan baginda pada ‘tempoh bonus’ ini dengan meningkatkan kekerapan amalan iktikaf baginda dan qiamullail di bawah cahaya bintang-bintang malamnya.
Namun begitu, tidak kurang juga yang lebih merasakan kuatnya bahang panas suasana Aidilfitri dan perayaan. Mengambil kira jiwa manusia dan suasana adat yang diraikan, sambutan hari raya juga merupakan ibadat, asalkan masih …

ARTIKEL, Featured »

[2 Sep 2010 | No Comment | ]
Pecutan Terakhir Ramadan

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,  Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa adalah perisai (yang memelihara daripada akhlaq yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa , maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok atau kesat. Jika ada orang memakinya (bergaduh dengannya) maka katakanlah kepadanya:  Sesungguhnya aku berpuasa”
Kita telah berada di fasa ketiga bulan Ramadan yang dijanjikan bagi kita perlepasan dari api neraka oleh Allah s.w.t. Bagaimanakah prestasi kita pada fasa pertama dan kedua bulan ini? Proses tarbiah jiwa mukmin perlu berterusan dan tempoh yang paling baik adalah di dalam bulan Ramadan ini. Jiwa yang …

ARTIKEL, Featured »

[23 Aug 2010 | No Comment | ]
Saat terbaik untuk berubah

Kebelakangan ini kita melihat gejala di kalangan remaja semakin membimbangkan. Terutamanya golongan remaja Melayu Islam. Dari kes buli, gangsterisme dan ponteng sekolah hinggalah kepada kes-kes berat seperti bunuh, dadah dan zina. Perkembangan ini saban hari dilihat seolah-olah tidak akan berhenti. Setiap hari ada sahaja kes-kes yang melibatkan golongan ini dipaparkan di media-media massa. Dan perkara ini juga tidak mengenal masa dan ketika, hinggakan di bulan Ramadan yang mulia ini juga kita masih terdengar akan kes-kes seperti ini. Baru-baru ini juga dapat kita lihat bagaimana jauhnya remaja kita daripada agama di …

AKTIVITI, Featured »

[23 Aug 2010 | No Comment | ]
Iftar Jamaie ISMA-Mesir (Mansurah) bina ukhwah

Mansurah, 22 Ogos – Waktu berbuka ialah salah satu kegembiraan yang dijanjikan dalam hadis Rasulullah SAW bagi mereka yang berpuasa. Selain itu, Rasulullah SAW juga ada bersabda bahawa mereka yang memberi makan orang yang berpuasa akan memperoleh kadar pahala yang sama tidak kurang walau sedikit pun.
Oleh sebab itu, ISMA-Mesir (Mansurah) turut tidak melepaskan peluang pada bulan mulia ini dengan menganjurkan majlis Iftar Jamaie. Selain untuk merebut ganjaran yang dijanjikan, majlis ini turut bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara mahasiswa di sini. Seramai lebih daripada 20 orang mahasiswa telah menghadiri majlis ini …

Featured, SEMASA »

[17 Aug 2010 | No Comment | ]
ISMA lancar Kempen Nur Ramadhan

 

Bandar Baru Bangi – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) julung-julung kalinya melancarkan Kempen Nur Ramadhan bagi menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini dalam satu majlis di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi pada 8 Ogos yang lalu.
Kempen ini merupakan salah satu usaha Sekretariat Dakwah dan Sosial ISMA dalam menyeru umat Islam agar menunaikan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh serta mengajak umat Islam supaya benar-benar menghayati Ramadhan dan menunaikan puasa dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan dari Allah s.w.t.
“Di dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran, pada masa yang sama, bulan ini juga mewarnai peristiwa-peristiwa besar …

Featured, IKLAN »

[3 Aug 2010 | 2 Comments | ]
PROGRAM SEMPENA RAMADHAN INI..

Bersempena Bulan Ramadhan yang menjelang ini,pihak ISMA-Mesir (Mansurah) dengan sukacitanya membawakan kepada anda program EKSPLORASI KHAZANAH KITA.Di antara tujuan utama program ini adalah bagi memenuhi masa cuti kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat disamping dapat menambah ilmu pengetahuan kita.Ditambah dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mana amalan kita dilipat kali gandakan oleh Allah,marilah sama-sama kita penuhkan waktu lapang kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat ini.
Di antara aktiviti yang dijalankan:
1) KELAS FIKH DAN USUL FIKH
Pengajar: ust Isfahmi dan Ust Syamil Tanta
Buku: kitab fikh sunnah syed -sabiq,kitab alwajiz -abd karim zaidan
2) DISKUSI KITAB
Kitab: Halal wa haram-dr …

AKTIVITI, Featured »

[18 Jul 2010 | No Comment | ]
Sambutan Israk Mikraj ISMA-Mesir (Mansurah) 1431H

Mansurah, 9 Julai – Sempena Israk Mikraj pada tahun ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir ) Cawangan Mansurah telah menganjurkan program sambutan pada 9 Julai 2010 bersamaan 27 Rejab 1431H bertempat di Villa Kita, Tir’ah,Mansurah. Majlis ini telah dihadiri oleh mahasiswa yang menuntut di Mansurah dan Tanta, serta tetamu dari ISMA-Eropah yang kebetulannya datang melawat sempena musim cuti.
Majlis ini bermula sekitar jam 8.30 malam selepas solat Maghrib berjemaah di Villa Kita dan dipengerusikan oleh saudara Nik Mohd Rafei bin Nik Zainal Alam. Majlis bermula dengan persembahan nasyid yang diketuai oleh saudara …

AKTIVITI, Featured, IKLAN »

[7 Jul 2010 | No Comment | ]
Sambutan Israk Mikraj 1431H

Sempena memperingati peristiwa penting dalam sejarah umat Islam dan kesan  besar yang boleh diambil sebagai bekalan dalam kita meniti kehidupan seharian, maka ISMA-Mesir cawangan Mansurah mengambil inisiatif menganjurkan Sambutan Israk Mikraj 1431H bertempat di Villa Kita. Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan. Dijemput hadir bagi yang berkelapangan. Jumpa anda di sana!